Feb 16, 2010

Cerita Kakak

Aku terjumpa dia kerana dia datang kepadaku. Melalui sinar matanya, aku tahu dia sedang bersedih. Tapi kesedihannya itu diselitkan senyuman dan tawa. Apa yang dia cuba sampaikan..?? Teringin untuk aku bertanya. Selang beberapa saat kemudian, terlahir satu perkataan dibibirnya.

"Adik..."

Satu perkataan. Mungkinkah sudah cukup untuk menggambarkan segalanya.? Melalui satu perkataan itu, aku membuat pelbagai andaian. Tidak ku nafikan wujud banyak persoalan yang aku sendiri inginkan jawapannya. Yang aku tahu setakat ini ialah dia seorang kakak. Tibe-tiba dia mula mengeluarkan air mata jernih yang membasahi pipinya. Tanpa henti dia terus menangis. Tiada siapa disini yang boleh menenangkannya, selain aku yang tidak berdaya melakukan apa-apa dan terus menanti jawapan kepada soalan-soalan yang tidak aku suarakan. Dia memandangku seolah-olah aku terlalu jauh. Pandangannya itu seolah-olah menembusi diriku.

"Saya....saya sayang adik saya~"

Fikiranku melayang. Sempat aku bermonolog. Siapalah yang tak sayang darah daging sendiri kan...?? Kemudian dia terus bercerita & aku terus menjadi pendengar yang setia. Cerita seorang kakak. Apabila dia menyebut nama adiknya itu sendiri aku sudah tahu betapa sayang & kasihnya dia terhadap adiknya. Dia menggelarkan adiknya 'Juan'. Sebelum kakak ini memulakan cerita, dia memberitahu keadaan adiknya itu. Katanya Juan cukup istimewa baginya & realitinya Juan memang seorang yang istimewa. Kakak ini menjaga adiknya bagai menatang minyak yang penuh. Jarang sekali dia memarahi, meninggikan suare mahupun membiarkan adiknya itu terkontang-kanting sendirian.

Katanya tatkala kecilnya Juan, Juan kanak-kanak yang sangat baik, mendengar kata, mudah dijaga, malah murah dengan senyuman. Dia & Juan jarang sekali berpisah kerana memang seluruh keluarga pun tahu keakraban mereka berdua. Hanya kata kakaknya itu saja yang akan dipatuhi olwh Juan 100%. Sehinggakan ada satu malam ketika Juan leka bermain, kakaknya sangatlah mengantuk tapi tidak boleh tidur kerana bertanggungjawab menjaga adiknya itu tatkala ibu & ayah tiada di rumah. Dia memesan kepada Juan agar tidak kemana-mana & menyuruh Juan duduk saja disebelahnya. Apabila dia sedar dari lenanya. Juan masih disitu. Duduk bagaikan patung yang tidak bergerak. Selalunya Juan adalah kanak-kanak yang tidak boleh duduk diam. Ada saja yang hendak dilakukan. Hyperactive. Berlari kesana-kemari. Lompat sana, lompat sini. Namun dengan sekali sahaja teguran daripada kakaknya itu, dia terus diam & akur. Hebatkan dia. Juan juga tentu amat menyanyangi kakaknya.

Dia sebagai satu-satunya kakak yang Juan ada, dialah sahaja tempat Juan mempelajari sesuatu, tempat Juan bermanja, menangis & ketawa. Malah ketika kakak bersedih, hanya Juan yang tahu. Walaupun Juan tidak faham langsung apa yang diperkatakan oleh kakaknya, Juan tetap mendengar & setiap air mata yang keluar, akan Juan usap sambil membelai kakaknya itu. Makin Juan lap air mata itu, makin deras ia mengalir. Saat-saat itu adalah amat kerap ketika dia bersama Juan. Namun menjadi jarang apabila dia semakin berjauhan dengan Juan. Hal ini kerana dia memasuki sekolah berasrama penuh & jarang sekali untuk pulang ke rumah. Selapas tamat persekolahan, dia memasuki matrikulasi. Masih jarang menjumpai waktu untuk bersama dengan Juan. Dia semakin alpa dengan dunianya & sedikit-sedikit melupai dunia dia & Juan. Semakin kurang kucupan mesra seorang kakak diberikan terhadap adiknya. Semakin kurang juga perhatian tatkala bersama. Tanpa sedarnya, Juan telah dewasa. Mungkin Juan telah terbiasa dengan semua perubahannya.

Kini dia di universiti. Semakin sibuk tetapi ada juga masa untuk pulang. Setiap kali dia pulang ke rumah, tiada Juan untuk tunggu di depan pintu untuk menyambutnya seperti dulu. Juan duduk menyendiri di dalam bilik. Juan bermain sendirian. Ada juga ketikanya dia datang kepada Juan untuk bermain dengannya tetapi Juan semakin dingin. Juan sudah tidak menghiraukannya. Dia sedih dan terus menerus memujuk Juan. Apa sahaja yang dikehendaki Juan, akan dikotakan. Walau berhabis duit. Kerana ini sudah menjadi kebiasaan sejak Juan kecil lagi. Semua orang memang sangat memanjakannya. Tidak dia sekeluarga menyangka bahawa perbuatan memanjakan Juan akan menjadi kelemahan mereka sekeluarga terutama kepada dirinya sendiri.Juan kini sudah dewasa. Berjiwa remaja. Remaja yang kuat memberontak mahukan apa yang di inginkan.

Jiwa remaja, kita tidak boleh jangka. Nak-nak semasa mereka dah capai tahap remaja tegar. Begitu juga dengan Juan. Juan masih mahukan macam-macam benda. Kehendaknya itu bagai perlu dipatuhi. Jika ada yang ingkar, kebarangkalian merasai kesakitan adalah sangat tinggi. Sedih hati seorang kakak melihat adiknya yang dulu cukup akrab, cukup baik kini kuat memberontak. Dipukul & diherdik sesiapa sahaja yang menghalangnya. Tidak kira kakak, ibu, ayah, abang mahupun adik-adik yang masih kecil. Juan tegar untuk melawan. Setiap kali situasi itu berlaku, kakak & ibu akan menitiskan air mata. Bagai meminta Juan yang dulu. Setiap hari dia berdoa agar adiknya pulih setidak-tidaknya seperti dulu. Kadang kala dia terpaksa memberi pelbagai alasan terhadap sesiapapun yang mahu berkunjung kerumahnya kerana mahukan keselesaan Juan. Dia tidak mahu sesiapa berfikir yang bukan-bukan kerana dia cukup marah jika keluar perkataan yang bukan-bukan terhadap adiknya itu. Dia harap semua orang faham tapi dia tidak pernah menjelaskan. Baru sahaja tadi Juan memberontak. & seperti selalu, dia masih tidak mampu berbuat apa-apa selain menangis & memeluk erat menahan kesakitan membiarkan dirinya dipukul bertubi-tubi. Dia redha.

~~~

Sekarang dia masih menangis di depanku. Melihat telapak tangannya yang merah akibat mungkin hilang kesabarannya & kini wujud penyesalannya. Dia masih sayangkan adiknya. Aku tahu itu. Cuma dia risau apa yang akan terjadi pada hari esok, lusa mahupun apabila dia tiada nanti. Namun dia memberitahuku selagi dia bernafas, dia lah yang akan bertanggungjawab menjaga adiknya itu suatu hari kelak. Walau apa jua rintangan & cabaran, Juan tetap adiknya. Dia tetap akan menjaga Juan hingga akhir hayatnya. Juan tetap anugerah teristemewa buatnya. Dia akan berkorban apa sahaja asalkan adiknya tidak terabai, asalkan adiknya boleh selalu tersenyum riang, asalkan adiknya boleh menjalani kehidupan seperti insan lain.

Oh ya...aku terlupa untuk nyatakan. Juan tak makan nasi. Juan takut kucing. Juan hanya boleh menyebut 'ayah'. Juan tidak pernah pergi ke sekolah harian biasa kerana Juan kanak-kanak istimewa yang terus menjadi insan paling istimewa dalam hidup kakaknya. & Nama Juan ialah Khairul Hazwan Bin Hamzah.

ps: saya bukan nak minta simpati siapa-siapa. saya cuma memang sayangkan adik saya.
dia adik saya walau macam manapun dia, dia tetap adik saya. -Nur Hamira Binti Hamzah-


video

ps: post ini dceritakn adalah dsebabkn beberapa peristiwa lately~

~the End~

6 comments:

Alynn Notnot said...

sgt sweet :)

HDS voice said...

=)

suom said...

kasih syg tuh sumtime sgt sweet~
sumtime syg tuh sgt myakitkan~

n sumtime tk0t utk mnyayangi krn tk0t utk ditinggalkan n meninggalkan~

HDS voice said...

manusia hnye mmpu bwt shabis baek..
slagi jasad & emosi t'mampu...
syg akan tetap ade..
dlm stiap hati yg pernah mnyanyangi~

madie said...

juan juga syg kakaknye spertimana kakaknye syg padanye...

HDS voice said...

yeee~